Di hari ini bayarsaja.blogspot.com akan menyajikan berita tentang Lebih Kurang 823,000 Tablet Terjual Di Malaysia Pada Tahun 2013. Semoga dengan berita Lebih Kurang 823,000 Tablet Terjual Di Malaysia Pada Tahun 2013 akan menambah wawasan untuk anda pembaca setia bayarsaja.blogspot.com
70% peranti yang terjual menggunakan sistem operasi AndroidTablet boleh dikatakan mempunyai permintaan mereka tersendiri, dan pada tahun lepas, tablet mula diguna-pakai dengan lebih meluas. Mengikut data terkini yang dikongsikan oleh GFK Malaysia, ia dikatakan sebanyak lebih kurang 823,000 tablet terjual di Malaysia pada tahun 2012.
Angka tersebut memperlihatkan peningkatan positif sebanyak 87% berbanding tahun 2011. Dan dari segi sistem operasi, Android dikatakan meliputi 70% daripada angka jualan di Malaysia.
Secara purata, harga tablet yang dibeli adalah sekitar $505 (RM1565), yang mana memperlihatkan penurunan harga berbanding tahun 2011.
Pada tahun lepas, beberapa tablet yang mendapat perhatian selain daripada tablet daripada jenama-jenama syarikat di China adalah termasuk Galaxy Note 10.1, Asus Nexus 7, dan juga iPad.
Pada tahun ini, mungkin angka jualan akan terus meningkat, apatah lagi dengan lebih banyak tablet yang dijual pada harga lebih berpatutan. Asus telah melancarkan tablet MeMO Pad mereka pada harga dibawah RM499, selain Acer yang menjanjikan Iconia B1 pada harga dibawah RM500.
Dapatkan berita terupdate dan unik setiap saat hanya di bayarsaja.blogspot.com
Homepage|http://bayarsaja.blogspot.com
0 komentar:
Posting Komentar
Mohon berkomentar dengan baik dan sopan. Komentar bernada spam akan saya hapus